Beza HRMIS2 dengan HRMISone

HRMIS2 dengan HRMISone  berbeza? Baca maklumat lengkap yang perlu anda tahu sebelum mengisi hrmis anda sekarang di laman rasmi ini.

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang bakal membaca perkongsian saya ini.

HRMIS tidak asing lagi bagi seseorang yang bergelar penjawat awam ataupun dengan kata lebih mudah difahami seseorangyang bekerja di bawah sektor kerajaan. Antara sector kerajaan yang terlibat adalah kementerian keihatan Malaysia(kkm), polis diraja malaysia (pdrm), jabatan pengakutan jalan (jpj) dan badan badan kerajaan lain.


HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. 

Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa. Namun aplikasi HRMIS ini menjadi sukar dan sulit untuk digunakan apabila setiap pengguna perlu melayarinya menggunakan internet explorer sahaja.

Disebabkan rungutan dari pengguna, login HRMIS telah mengemaskini sistem yang lebih mesra pengguna dengan adanya HRMIS2.0 . oleh yang sedemikian, pengguna dapat melayari portal HRMIS2.0 ini dengan menggunakan Mozilla firefox, google chrome mahupun internet explorer. 



HRMIS juga dapat dilayari dengan memuat turun aplikasinya melalui google play dan apple store bagi pengguna android selaras dengan kemajuan era zaman kini yang lebih canggih dan moden serta memudahkan pengguna.

Melalui HRMIS2.0 ini pengguna dapat mengetahui sebarang maklumat peribadi mengenai pinjaman yang dimohon serta status pinjaman serta saki baki pinjaman, jumlah cuti yang ada dan masih berbaki, tempoh perkhidmatan serta pencen. HRMIS2 ini lebih terperinci dan mudah dilayari berbanding HRMISONE.

0 comment... add one now