HRMIS - Panduan Login Portal

Aplikasi sistem HRMIS kini sudah dapat diakses dengan menggunakan pelbagai browser seperti Chrome, Firefox, Safari selain Internet Explorer.


hrmis panduan login

Sebelum ini, aplikasi sistem HRMIS ONE hanya dapat diakses melalui Internet Explorer.

Disebabkan para pengguna seringkali mengadu proses untuk log in ke dalam sistem biasanya mengambil tempoh masa yang lama kerana hanya dapat diakses masuk melalui Internet Explorer, anda tidak perlu risau lagi.

Kini, sistem HRMIS 2.0 telah dikemaskini untuk memudahkan lagi pengguna mengemaskini maklumat mereka sendiri dengan lebih cepat dan mudah tanpa memakan masa yang lama.


Pengguna yang ingin mengakses laman web rasmi HRMIS 2.0, hanya perlu klik pada pautan ini → http://www.eghrmis.gov.my/

Panduan Dan Cara Untuk Login Sistem HRMIS 2.0



1. Log in masuk ke dalam sistem HRMIS 2.0 dengan klik pautan ini:



Log In Ke Dalam Sistem HRMIS 2.0



2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.



ID Pengguna merupakan nombor kad pengenalan (IC) anda sendiri.

Sila beri perhatian, nombor IC yang ditaip tidak boleh mengandungi “-”.

Sebagai contoh, 990524143232.

Untuk kata laluan pula, jika anda first-user atau kali pertama menggunakan sistem ini, taip nombor IC sebagai kata laluan anda.

3. Klik ikon “HANTAR” untuk log in ke dalam sistem ini.

4. Fungsi butang “SET SEMULA” akan memadamkan semua ID dan Kata Laluan yang telah ditaip.

5. Fungsi butang “KELUAR” akan menutup tetingkap sistem HRMIS 2.0.

6. Untuk mengetahui sama ada anda berjaya atau sebaliknya, anda akan dapat melihat “menu utama”.

7. Untuk terus keluar daripada sistem, anda DIWAJIBKAN untuk klik butang “KELUAR” pada bahagian bawah skrin menu utama. 


*AMARAN: Jika anda klik pada icon “tutup”anda berkemungkinan tidak dapat memasuki ke dalam sistem HRMIS setelah itu.

Sila hubungi Jawatankuasa HRMIS untuk bantuan selanjutnya.


Fungsi Peti Simpanan


Kegunaan Peti Simpanan adalah untuk memeriksa e-mail atau borang yang memerlukan pengesahan atau telah disahkan (UNTUK KEGUNAAN PENGESAH DATA ATAU “VERIFIER‟ SAHAJA).


Kepada yang tidak mengetahui modul-modul HRMIS 2.0, berikut merupakan modul-modul HRMIS yang disediakan.


Modul-Modul HRMIS

1. Formulasi & Penilaian Strategi

2. Perolehan Sumber Manusia

3. Pembangunan

4. Pengurusan Kerjaya

5. Pengurusan Saraan Faedah & Ganjaran

6. Pengurusan Komunikasi & Tatatertib Pekerja

7. Pengurusan Prestasi

8. Data Perjawatan

9. Penilaian Kompetensi

10. Pengurusan Rekod Pribadi

11. Penamatan Perkhidmatan

12. Perkhidmatan Maklumat

13. Pentadbiran Sistem


Semoga segala informasi yang terdapat dalam artikel ini dapat membantu anda untuk log in ke dalam sistem HRMIS 2.0 dengan lebih mudah.  

Silakan KONGSI atau SHARE artikel ini agar ramai lagi pengguna di luar sana yang dapat memanfaatkannya. Jangan lupa untuk SAVE atau BOOKMARK artikel ini sebagai rujukan anda pada masa akan datang.

Terima kasih.

0 comment... add one now