HRMIS - Panduan MyHRMIS Cuti

HRMIS Panduan Cuti ok? Sistem aplikasi MyHRMIS ialah satu hasil inovasi baharu yang diuruskan oleh JPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU.



Aplikasi ini bertujuan bagi membolehkan penjawat awam melakukan permohonan cuti rehat, membuat semakan status cuti, membuat semakan kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti menerusi platform mudah alih dan memudahakn untuk login hrmis.

Fungsi-fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti :

1. Kelayakan Cuti - Membolehkan penjawat awam melakukan semakan kelayakan cuti tahunan pada tahun semasa

2. Mohon Cuti - Penjawat awam dapat memnuat permohonan cuti rehat

3. Sokong Cuti – Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti

4. Lulus Cuti – Memberi kemudahan untuk Pegawai Pelulus membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti

5. Status Cuti – Membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti samada telah disokong dan diluluskan


Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti


1. Pemakluman melalui emel – Pemohon boleh memilih untuk MyHRMIS Cuti memaklumkan melalui emel kepada Pegawai Penyokong bagi permohonan cuti yang telah dibuat.

2. Notifikasi oleh MyHRMIS Cuti – Pengguna akan dimaklumkan mengenai mesej transaksi semasa memohon cuti melalui telefon bimbit

3. Kemudahan ingat No.KP dan Katalaluan

4. Kemudahan link ke MyHRMIS Profil

0 comment... add one now