HRMIS - Panduan Isytihar Harta



Anda kini boleh buat semakan isytihar harta di sistem aplikasi HRMIS.

Tak tahu caranya? Ikuti sahaja langkah-langkah mudah dan ringkas berikut untuk anda jadikan sebagai panduan bagi mengisytihar harta melalui sistem aplikasi HRMIS
 






1. Layari laman web rasmi HRMIS login. Tekan di sini.

2. Tekan butang 'Aplikasi HRMIS'.

3. Masukkan no. kad pengenalan baharu di ruangan ID Pengguna dan password sendiri di ruangan kata laluan.

4. Klik 'HANTAR'.

5. Pilih Menu Pengurusan Rekod Peribadi.

6. Pilih Menu Perisytiharan Harta.

7. Pilih Menu Maklumat Pendapatan Bulanan.

8. Klik Menu 'Tambah'.

9. Isi maklumat-maklumat pada ruangan 'TAMBAH PENDAPATAN BULANAN'. 

 Sebagai contoh:

  • Gaji
  • Elaun
  • Sewa Rumah dan lain-lain
  • Kemudian, 'SIMPAN'. 

10. Pilih Menu Maklumat Ansuran Bulanan.

11. Klik Menu 'Tambah'.

12. Isi maklumat-maklumat pada ruangan 'TAMBAH ANSURAN / POTONGAN BULANAN'.

Sebagai contoh : 
  • PTPTN 
  • Pinjaman Peribadi
  • Insuran dan lain-lain
Kemudian, 'SIMPAN'

13. Pilih Menu Kemaskini Maklumat Harta.

14. Klik Menu 'Tambah'.

15. Isi ruangan dalam menu 'TAMBAH HARTA'.

16. Tekan 'PEMILIK HARTA'.

17. Klik 'Tambah'.

18. Pilih maklumat pada ruangan 'TAMBAH PEMILIK HARTA'.

19. Klik 'Teruskan'.

20. Pilih Menu Sumber Kewangan / Tekan YES dan klik 'Tambah'.

21. Isi maklumat pada ruangan 'TAMBAH SUMBER KEWANGAN BARU'.

22. Tekan petak dan bulatan pada ruangan Peminjam / Pembayar Ansuran.

23. Klik 'Tambah'.

24. Isi maklumat yang diperlukan pada ruangan 'TAMBAH ANSURAN BULANAN'.

25. Tekan 'Simpan'.

26. Semak segala Maklumat Pendapatan Bulanan, Ansuran Bulanan dan Kemaskini Maklumat Harta yang telah diisi. Jika semua maklumat betul, pilih Menu 'Hantar Perisytiharan Harta', kemudian disahkan oleh Ketua Jabatan LPNM. 

Semoga panduan isytihar harta melalui laman web HRMIS dalam artikel ini dapat memanfaatkan semua pembaca dan memudahkan lagi urusan anda. 

Jangan lupa KONGSI dan SHARE sekali artikel ini. 

Terima kasih. 

0 comment... add one now