HRMIS2.0 - Panduan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Anda kini boleh semak markah penilaian prestasi tahunan di sistem aplikasi HRMIS.

Tak tahu caranya? Sebenarnya, caranya sama sahaja seperti cara untuk key in di SKT. Klik di sini untuk mengetahui cara untuk key in di SKT.

Ikuti sahaja langkah-langkah mudah dan ringkas berikut untuk anda jadikan sebagai panduan bagi menyiapkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online di laman sesawang HRMIS 2.0.

hrmis panduan laporan LNPT

1. Login hrmis ke dalam sistem di sini --> Log In Sistem HRMIS 2.0

2. Masukkan maklumat iaitu ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) dan Kata Laluan anda (kata laluan ialah ciptaan sendiri).

3. Pergi ke Pengurusan Prestasi.



4. Klik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan



5. Pergi ke FUNGSI - Klik Sasaran Kerja Tahunan - Pegawai Yang Dinilai - Sasaran Kerja Tahunan

6. Tekan "TERUSKAN". Nanti akan keluar message "Adakah Ingin Mewujudkan LNPT?", klik OK.

7. Tekan "TERUSKAN" sekali lagi.

8. Tekan butang "TAMBAH". Nanti akan keluar message "AKTIVITI / PROJEK KETERANGAN".

9. Sila isi pada ruangan Aktiviti / Projek Keterangan.

10. Selepas selesai, tekan butang "SIMPAN" (Pastikan keluar perkataan BERJAYA DISIMPAN).

11. Keluar dari bahagian tersebut.

12. Pergi ke "FUNGSI".

13. Tekan di Penilaian Prestasi - Pegawai yang Dinilai.

14. Tekan di PRESTASI (tulisan berwarna biru).

15. Pergi ke BAHAGIAN II.

16. Sila isi di ruangan KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI DAN JUGA LATIHAN.

17. Selepas selesai, tekan butang "SIMPAN".

Sekiranya anda ingin melihat panduan bagi tutorial melengkapkan LNPT, sila klik di sini. Semoga artikel ini dapat memanfaatkan semua pembaca dan memudahkan lagi urusan anda. Jangan lupa KONGSI dan SHARE sekali artikel ini. selamat login ke portal hrmis semoga berjumpa di pos akan datang.

Terima kasih.

0 comment... add one now