HRMIS - Panduan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Ikuti sahaja langkah-langkah mudah berikut untuk anda jadikan sebagai panduan bagi menyiapkan sasaran kerja tahunan (SKT) secara online di laman sesawang HRMIS.

1. Pilih browser yang ada ingin untuk membuka website HRMIS 2.0 (Chrome, Safari, Firefox, dll).
2. Klik pautan ini → Log In Sistem HRMIS 2.0 dan paparan seperti di bawah ini akan keluar.

 Untuk mengetahui cara-cara log in, sila klik di sini.

panduan sasaran kerja hrmis

3. Selepas berjaya log in, di paparan ini pula, pilih “PENGURUSAN PRESTASI”.

Di bawahnya pula, pilih “LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN”.

Anda akan melihat paparan seperti di bawah:



4. Lihat paparan bahagian kiri (pada atas sekali) - FUNGSI.

Pergi ke FUNGSI - SASARAN KERJA TAHUNAN - PEGAWAI YANG DINILAI - SASARAN KERJA TAHUNAN dan klik.

Seterusnya, anda dapat melihat paparan maklumat peribadi milik anda sendiri.

Klik “TERUSKAN” dan akan keluar paparan seperti di bawah pula:



5. Paparan di atas merupakan yang telah dilengkapkan. Jika guru-guru masih belum key-in maklumat, paparan ini kosong sahaja.



Kemudian, klik pada butang “TAMBAH” pada bahagian bawah di tengah-tengah untuk menambah aktiviti / projek / keterangan.


Untuk contoh ini, segala maklumat telah dimasukkan seperti berikut:


Aktiviti 1: Melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.


Kemudian, klik butang “TAMBAH KPI”.


Petunjuk prestasi : Masa


Sasaran kerja : 12 (maksudnya 12 bulan)


Pencapaian sebenar : 12 (maksudnya 12 bulan)


% pencapaian : 100


Ulasan : Dapat diselesaikan dengan baik. (boleh reka ayat lain yang lebih baik).


Seterusnya, ulang langkah-langkah tadi untuk aktiviti seterusnya.


Aktiviti 2 : Melaksanakan tugas pengurusan bimbingan dan kaunseling.





Aktiviti 3 : Melaksanakan sesi kaunseling individu dan kelompok

Aktiviti 4 : Melaksanakan program-program kaunseling






Aktiviti 5 : Menghias bilik bimbingan dan kaunseling mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Aktiviti 6 : Melaksanakan 1 kajian tindakan berkaitan bimbingan dan kaunseling setahun.






Aktiviti 7 : Sebagai pencatat minit mesyuarat pengurusan guru.

Selepas semuanya selesai, klik pada butang “SIMPAN” dan klik butang “HANTAR”.

*Dengan klik butang “HANTAR”, anda tidak boleh mengubah maklumat yang telah diisi tadi. Oleh itu, jika berhasrat untuk edit lagi, tekan sahaja butang “SIMPAN” dahulu. Selepas sudah yakin semuanya telah diisi dengan lengkap, baru tekan butang “HANTAR”.

Mengikut sesetengah sekolah, guru-guru telah ditetapkan untuk menyenaraikan 5 aktiviti dan jika lebih, adalah tidak mengapa.

Sila take note, bagi tugas-tugas luar seperti AJK PIBG, NGO dan lain-lain tidak perlu dimasukkan dalam bahagian itu.

Hanya tugasan dalam sekolah sahaja yang dimasukkan ke dalam bahagian tersebut.

Sebagai contoh, pencatat minit mesyuarat, menjawat jawatan guru pembimbing kelab bola jaring dan pelbagai lagi.

Contoh di atas bukanlah sempurna sepenuhnya, cuma sekadar satu perkongsian yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk guru-guru bimbingan dan kaunseling untuk key in ke dalam SKT ini.



Semoga pembaca dapat memanfaatkan artikel ini dengan baik sepenuhnya. 


Jangan lupa KONGSI dan SHARE sekali artikel ini untuk aktifkan post ini.


Terima kasih.

0 comment... add one now